
Ordinary Immortal Malay Boy (preview) by space gambus experiment
Ordinary.Immortal.Malay Boy
New single from Space Gambus Experiment.
Buy now for only $0.99 at
http://cdbaby.com/cd/spacegambusexperiment2
http://www.amazon.com/dp/B006CDTDEI/ref=cm_sw_r_fa_dp_Z4uZob1BVNAWD
http://itunes.apple.com/album/ordinary.-immortal.-malay/id482754930?l=ja&v0=9988&ign-mpt=uo%3D1
Review Eksperimental untuk Track Ordinary.Immortal.Malay Boy oleh Space Gambus Experiment.
by Syafiq Effendi Faliq
Assalamualaikum w.b.t,
aku cuba untuk menjelaskan dengan lebih power, dasat, gila babeng dengan sulaman - sulaman normal.
camner tu?
gila babeng dan normal tu bukan boleh bersama, sebab ia kontradik antara satu sama lain, bagi aku, itu adalah kesimpulan bagi lagu ni, sebab dah nama tu sendiri Ordinary, tapi ada Immortal pulak, camner ordinary dan immortal leh dalam satu perkataan? sedangkan kau tak boleh nak jadik biasa2 kalau nak jadi power cam immortal, dan itu yang cuba digambarkan oleh SGE dalam track ni.
lagu ni seolah2 menceritakan seorang budak melayu abad ke 17, yang sedang buat kerja bebudak melayu biasa, namun momen tu dirakam dan dielektronikkan oleh mamat yang gila merakam macam omputih zaman2 tu untuk di immortalkan, sebab dalam diri jiwa manusia, memang ada sifat2 tu, dan seperti omputih zaman tu, SGE cuba mengangkat imej budak yang biasa2 ni (rujuk cover) untuk diimortalkan, maka jadiklah track ni.
tu baru mukadimah, aku lum citer pasal track lagi, ha ha ha.
bagi aku, peng-awal-an lagu ni dah cukup buat kau rasa memang kau tengah mengimbau djaman2 dulu, dengan bunyik cam piring itam tu, memang sungguh autentik.
pastu masuk plak bebunyi keyboard lak, mungkin ada orang cakap cam
"aper kejadah nyer bunyi keyboard ni? aku pasang piring hitamlah!"
tapi itu pentingnya elemen2 elektronik tu, untuk menunjukkan yang benda2 kurun ke 17 tu sedang dijerukbekukan oleh doktor2 yang best2 untuk tatapan umum generasi akan datang, sama macam tasmanian tiger dalam balang, di preservekan, kalau tak, takleh ler kau nak tahu tasmanian tiger tu jadah aper nyer, sebab dah pupus pun dah skang ni.
dan cam bese, bunyi gambus dari angkasa lepas turun, dan ini menandakan trademark si penjeruk tu, gambus dari angkasa, dan diikut dengan bunyian string, iaitu kengkawan dier ler tu.
dan seterusnya sulaman2 nusantara, aku dapat tercium bau2 nusantara (indonesia ler tu) dalam muzik awal2 ni, dan ini menggambarkan suasana tanah melayu dan nusantara tu yang berkait rapat antara satu sama lain, mana ada perbatasan2 negara, mana ada pasukan bola sepak lain2 kaler, semua sama, semua melayu, semua satu rumpun, kau jawa ker, bugis ke, kau melayu lah tu.
dan tetiber plak keluar bunyi rebab, ni satu lagi elemen pelik yang sungguh eksperimental, bagi yang racist dan ultra melayu konpem2 merempan2, aih, lek2 lu~~~~~~ ko tak tau ke rebab tu menceritakan perihal kaitan melayu-cina zaman2 tu? kalau dalam sebuah movie, ia menggambarkan relation melayu - cina tu, dan lama2 rebab ni dissolve, dan relation tadi pun dihilangkan, maka berbalik cerita pasal budak melayu tadi, dan sebelum ketukan dram berbunyi, ada semacam gelap sikit lagunya, macam ada konflik dalam cerita ni, macam ada kerisauan.
dan saat2 berikutnya kedua2 elemen ni cuba co exist.
lagu ni dihabiskan dengan bunyi2an gamelan, yang terus mengangkat jeruk elektronik ini ke satu tahap lain. dan memang kena pun dengan kaver dier. seolah2 menceritakan "ya, ini cerita tentang dia"
cerita tentang seorang budak melayu yang biasa2, dengan hari2 yang biasa, kerja2 yang biasa, namun imejnya jadi kekaguman kita tentang moment tersebut.
namun yang bestnya muzik ni tetap mengingatkan yang wayang kau tengok skang ni citer orang zaman dulu kala sambil bercerita dan terus bercerita.
satu benda yang kau kena ingat kalau nak layan lagu space gambus experiment adalah 'kesabaran'.
kalau tak sabar, tutup, dan gi lah bukak lagu2 yang kau rasa nak dengar.
muzik SGE akan berlarutan kebiasaannya, seperti macam satu cerita, ada naik dan turun,maka kau kena betul2 menghayati apa yang ingin disampaikannya, skang kau dah dapat dua, satu cerita, satu muzik, pergh. ini memang betul2 deep ni!
cuma untuk lagi best, kalau ada elemen2 melayu yang lebih dan lebih ketara, mungkin susah kot nak buat, dan kekalkan mood tu, sebab tu hanya bunyian gamelan yang dapat di masukkan. ye lah, terlalu banyak instrument akan buatkan piece tu bercelaru, sedangkan track ni tujuan dier nak bawak kiter mengimbau dan menghayati.
dan memang pun. memang SGE berjaya buat aku termenung masa tengok gambar kaver tu.
dan cerita2 psikedalik di atas adalah bebelan aku untuk waktu dan ketika aku termenung sambil melihat gambar tu, cerita tentang seorang budak melayu yang terus diimortalkan setiap kali ada orang teringat pasal budak melayu tu.
cet. gua kena hipnosis rupernyer.power tak power SGE ni ye dak?


0 comments:
Post a Comment