Space Gambus Experiment "B Sides"

Wednesday, March 31, 2010

Di Bawah Bintang Mengerdip: Ulasan Oleh ANAK BUMI

Dibawah Bintang Mengerdip SGE-Pak Samad collaboration project by space gambus experiment

Di Bawah Bintang Mengerdip: exclusive collaboration track by SGE-Pak Samad
Recorded live at Pak Samad's house
Bangsar, Kuala Lumpur
28th Feb 2010

Poet: Pak Samad
music written by Kamal Sabran & Zulkifli Ramli
Performed by Space Gambus Experiment


DARI SATU MENJADI DUA, DUA PULA MENJADI APA?

Tidak ada apa yang aku hendak berkongsi sebenarnya. Kerana, aku sudah pekak dan bisu. Ya, bayangkan Tuhan telah menarik daya pendengaranmu buat selama-lamanya. Bagaimana gegendangmu berupaya menangkap bunyian? Bagaimana kamu mahu menikmati desis ritma dan lenggok irama? Justeru kamu sekadar memejam mata, dan tersenyum sendirian. Mari kita menyelongkar dunia irama dalam alam nan bisu.

Pabila berbicara tentang konsep muzik, serta falsafah yang tersirat, kamu perlu bahagikan dua perkara penting. Muzik yang terletak dalam sebuah bulatan industri, dan yang terkeluar daripadanya. Industri itu adalah perkara maha agung, luas ruangnya. Manakala zarah partikel diluar industri itu selalunya terasing. Ia bagaikan keladak yang tenggelam di dalam cawan penuh berisi air. Bukannya band Keladak, sebuah band punk indie tu. Mereka sudah punyai groupies yang tersendiri.

Sekarang aku ingin mengulas tentang sosok dua manusia, berbakat besar, selepas mereka bercantum, maka menjadi TIGA. Tidak, bukan tentang triniti. Ini merupakan sebuah kolaborasi, bagi mereka yang telah muslim sejak lahiri. Lalu gelombang Big Bang masih lagi berkembang pencar. Frekuensi bunyian yang asalnya berenang di dalam ruang vakum, membawa ia akan sesuatu. Kemungkinan doa puji-pujian terhadap Tuhan, atau ilmu tentang asal-usul alam nan purba. Sudah semestinya gelombang bersifat berkembang, tidak pula menguncup. Nah, gelombang kemudian ditangkap oleh seorang insan, Kamal Sabran misalan. Lalu, ia ditapis, dihiris, diperah picit, dicalit dengan beberapa instrumen, baik tradisi atau moden. Gendang atau perisian komputeran. Ia yang asalnya irama, telah digubah menjadi ritma drama. Setelah itu, bunyian resah pasrah, gigit digit si Kamal, dicuit pula oleh seorang insan lain bernama Zulkifli Ramli. Melalui gambus, jarinya menari. Mengikut lenggok frekuensi asal tadi, mereka berdua justeru mengisi ruang vakum. Yang sunyi sepi, menjadi desing dan melodi. Petik gambus, membawa minda ke tanah Timur. Ada rentak, ada detak. Ada asyik, ada gemersik. Ada denyut, jiwa langsung terhenjut. Sudahnya, lahirlah mazhab cinta baharu yang bernama Space Gambus Experiment (SGE). Namun, berdua itu masih terasa kosong. Seolah Rumi terserempak Shems, langsung keduanya diam. Ada lohong di antara mereka berdua. Begitu juga si Kamal dengan Zulkifli. Kerana yang berdua selalunya tidak puas, dan tidak akan pernah, maka dipanah akan segala busur cinta nyanyi sunyi itu ke segenap cakerawala. Supaya Tuhan menurunkan satu sosok peribadi, atau entiti, pemuas batin yang sentiasa meronta-ronta. Tidak tenteramnya ia. Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Mendengar. Dia Memberi dan Mengurnia, akan setiap kehendak dan doa. Berkata kun, maka jadilah ia.

Lalu, dari bawah kerdip bintang beribu itu, bahkan berlaksa jumlahnya, muncul seorang tua, yang jiwanya kekar muda. Janggut memutih, akalnya bersih. Santun bicara, elok madah pujangganya. Bersuara perlahan, menuntut hak kebenaran. Tak gemar bergaduh, tidak gentar dirempuh. Suara asalnya diluah dari dinding. Di dalam sebuah dewan. Teriakan nan sunyi itu mendengung. Dengan gumpalan gelombang resah dan ketidaktentuan, suara itu bergomol bersama irama cantuman SGE berdua tadi. Bergulat gelut, mereka saling menumbuk-numbuk dada, menghempas kitab derita. Menghentak lantai kecewa. Mereka damba perhatian. Ketiga mereka memerlukan kepastian. Akan sebuah perjanjian. Yang telah dimeterai awalnya di atas kertas suci gelombang frekuensi tadi.

Sudah dikatakan, apabila dua telah menjadi tiga, maka kemudian akan bertambah pula jumlahnya. Dan gelombang itu, memang sifatnya berkembang. Itulah keadilan Tuhan. Aku persembahkan, kolaborasi SGE, Kamal Sabran dan Zulkifli Ramli, bersama kemunculan istimewa sasterawan dermawan, A. Samad Said!

Kolaborasi mereka bertiga ini menghasilkan dua buah lagu yang diselit puisi, atau puisi yang punyai lagu(?). Namun, cara lenggok bacaan Pak Samad ialah mengikut kanun pembacaan puisi biasa. Cuma, ditambah perencah alunan melodi SGE, suara Pak Samad menjadi seumpama gema, yang melantun-lantun ke dalam telinga. Ia adalah bunyi tanpa bunyi. Di mana kamu mengangguk-angguk kepada sesuatu tempo, tanpa menyedari bentuk temponya. Kamu adalah sang pelawan arus. Bak keladak di awal bicara tadi, di mana kamu terasing daripada wilayah industri agung, kamu tetap punyai bulatan khalayak tersendiri, yang setia melayani segala tingkahlaku dan ucaprasa kamu. Aku telahpun mendengar dua buah puisi berlagu yang dikirim oleh Kamal Sabran, yakni 'Di bawah Bintang Mengerdip' dan 'Suara dari Dinding Dewan'. Kedua puisi hebat itu dideklamasi sendiri oleh pengkaryanya, Pak Samad dalam alunan melodi asyik SGE. Aneh, dua puisi itu kemudian mulai 'hidup' dengan sendiri. Ia mulai menerjah ke lubang telingaku tanpa aku sedar bahawa aku telahpun pekak dan bisu sebentar tadi? Ganjil. Mendengar ataupun sekadar membaca puisi Pak Samad, dalam tak sedar, memang kita akan merasa keganjilan sedemikian. Dan, bulu roma kita akan menegak, sebagai penghormatan kepada kesyahduan irama sunyinya. Itulah dia kolaborasi sang pemuzik SGE bersama sasterawan rakyat kita.

Kamu sekalian, cubalah dengarkan rintih bunyi dari indera insan pekak juga bisu. Kemudian kamu akan tahu, tidak semestinya kita memerlukan telinga untuk mendengar irama...

LAWATI ANAK BUMI

KATA LUHUR PAK SAMAD


Kata Luhur-an exhibition to commemorate Y.Bhg Datuk A. Samad Said birthday (His 75th birthday falls on Friday, 9th April 2010). Presenting nearly 100 pieces of his sketches & drawings.

Mempersembahkan Kata Luhur-sempena menyambut hari lahir yang ke 75 untuk YBhg Datuk A.Samad Said. Mempamerkan hasil karya beliau dalam bentuk lukisan & lakaran berjumlah hampir 100 buah.

Y.Bhg Datuk Syed Ahmad Jamal akan merasmikan pameran ini pada hari Jumaat, 09hb April 2010 jam 8.00 malam di Galeri 2B, Balai Seni Lukis Negara.

KATA LUHUR merupakan pameran solo kedua A.Samad Said yang memaparkan kira-kira 100 buah lukisan daripada 11 siri karya terbaru beliau. Himpunan lukisan ini adalah cerminan pengalaman A.Samad Said yang sering bergelut dengan jerih getir memperjuangkan dunia kesusasteraan yang sudah begitu sebati dengan dirinya.

Berbanding dengan siri lakaran di dalam pameran solo pertama (Daerah Samad, 2007) yang kelihatan lebih halus, gestural dan meditatif, karya-karya terbaru ini menonjolkan sapuan yang lebih perkasa, ganas dan penuh yakin seiring dengan nuansa yang menyelubungi detik-detik pengkaryaan lukisan-lukisan tersebut.

KATA LUHUR adalah rakaman visual serta catatan batin bangsa sebuah era yang sarat dengan kisah resah gelisah serta gelora seorang sasterawan dalam menongkah sebuah kehidupan, berbaur dengan pelbagai episod yang mengitari daerah bahasa dan bangsanya.

Nur Hanim Khairuddin, Kurator Jemputan

Nota: Sempena hari lahir ke 75 Pak Samad, majlis akan turut diserikan dengan persembahan lagu, video seni dan bacaan puisi oleh:Rahmat Haron, Meor Yusuf Aziddin, Rahimidin Zahari, Siti Zainon Ismail, Dewangga Sakti,Taheera Rosheena & Space Gambus Experiment.

Saturday, March 27, 2010

Ulasan Kolaborasi SGE-Pak Samad oleh MOLOKO


dari kiri Zul,Pak Samad,Kamal (foto oleh Jo Ghazali)

Aku mulakan review ini dengan Bismillah...& secebis ungkapan SAKTI yang dipetik dari cetusan Minda insan 'Iconic'ini...
Bulan cermin mentari
Berkongsi cahaya sakti..

Jika manusia yang bermastautin di negara- UNITED STATES OF AMERICA berbangga dengan 'Allen Ginsberg' - Sasterawan@penyajak kreatif negara tersebut, yang penuh kontrevasi, tak kurang hebatnya jika aku juga kata..manusia yang hidup di negara- MALAYSIA berbangga dengan Dato' A Samad Said - Sasterawan tersohor tanahair yang aku rasa cukup Iconic dari aspek karya-karya penulisannya(puisi@novel) & juga Imej penampilannya. Aku pernah akui aku hairan kenapa aku terpegun tatkala membaca puisi-puisi nukilan 'Allen Ginsberg' yang penuh 'twisted', kontraversi & berbaur provokasi ini, walau pada hikikatnya..aku 'lost' dalam memahami bibit-bibit ayatnya. Namun, firasat aku berbeza apabila membaca atau mendengar bahasa 'Sakti' dari cetusan fikiran Dato' Samad Said- atau panggilan mesranya 'Pak Samad'. Tiap kali aku baca ayat-ayat Sakti beliau..aku pasti menggelengkan kepala..kerana rasa 'Astonish' aku, yang menggunung terhadap 'abiliti' beliau merangkap kilas bahasa ibunda kita ini ke suatu level setinggi 'Angkasa Raya'. Sebab itulah aku gelar ia bahasa SAKTI!

ANGKASA & SPACE GAMBUS EXPERIMENT'- Adalah elemen terkini yang sedang hangat mendominasi peminat-peminat muzik WEB tanahair & luar negara. Jangkauan 'Impressive' Musician kreatif yang ditunjangi oleh Kamal Sabran, juga Zulkifli Ramli & Freinds,- SGE ternyata telah mara setapak lagi dengan Projek 'Collaboration' bersama Dato' A Samad Said@Pak Samad. Aku mulanya menganggap ianya satu 'mimpi yang mustahil', sehinggalah Projek ini akhirnya menjadi kenyataan yang mengujakan. Pertama kali aku berpeluang mendengar rakaman sulit ini, tika aku sedang berada di kaki tangga...Aku pejamkan mata...& 'Chime' pertama bergema...Tika gambus dipetik manja..& lantas aku terdengar suaranya..aku hayati bahasanya...Hati aku cair..nafas aku berdengus...degup aku jadi debar...gembira jadi hiba...perasan aku, terasa ditusuk, Ya! aku ditusuk bahasa SAKTI! Ianya setinggi langit...Ini pujangga Dewa! Bukan mudah untuk menyentuh hati & perasaan, hanya dengan mengatur kata. Itu yang aku fikir.. Minimal bunyian 'Space Gambus Experiment' seakan membentangkan laluan Istemewa untuk sajak 'SUARA DARI DINDING DEWAN' Karya hebat Pak Samad, ini bergema memancar memenuh ruang sunyi cakerawala.

Ini sebuah sajak yang tepat pilihannya..Pak Samad mendeklimasikannya seperti meniup ROH ke dalamnya. Pak Samad ucapkan- perkataan demi perkataan hingga jantung aku ini sekencang angin yang bertukar meribut. Kenapa?- kerana 'Rima' ayat ini bukan bahasa kosong! Ini bahasa Bangsa..untuk renungan Kita agar sentiasa berfikir, asal kita, siapa kita di muka bumi ini. Ya! Kita Melayu!(Itu Yang Moloko Faham). Alunan Electronica Acoustic..kali ini ternyata paling minimal pernah aku dengar..heningnya adalah intepretasi Bima Sakti yang penuh misteri, lagi indah. Oleh itu iringan irama angkasa yang membayungi 'Suara Segak' Pak Samad ternyata satu 'Pancaran Sakti' yang bukan saja enak didengar, malah ia menyuntik 'Rasa' & 'Bangga!' Aku bangga..kerana ini karya anak muda Malaysia..aku bangga kerana ini 'Ilmu' dari Vetaran Negara, yang julung-julung kali dieksperimentasi ke 'level' seumpama ini. Space Gambus Experiment ternyata satu 'medium' yang 'Jauh Hebat' dari yang aku bayangkan..Ia ternyata bersiap sedia untuk meneroka langit yang lebih tinggi dengan projek ini & visi-visi seterusnya. Aku Moloko hanya penulis Blog 'kapak'(sentimental) yang suka-suka menulis. Tapi- bila aku dengar 'collaboration' ini..Secara jujurnya aku ambik serius..kerana bukan calang-calang orang yang aku tengah review ini. Beliau HERO aku..Beliau HERO Kamal Sabran! Lagi sekali..aku akui..aku tulisnya sepenuh jiwa..& setepat rasa..& bukan untuk suka-suka!

10.52 minit masa yang diambil oleh track Puitis 'Suara Dari Dinding Dewan'. Dalam tempoh tersebut aku pasti ia akan menjadi sebuah track yang mesti anda dengar & hayati. Alasan aku,- ini khazanah & karya yang bakal jadi sejarah..kerana ia sebuah rakaman ulung, bervisi futuristik yang mengagumkan telinga & jiwa jika anda penggemar seni Tanahair. Track seterusnya..sebuah lagi Sajak karya Pak Samad yang bertajuk 'Di bawah Bintang Mengerdip'. Iringan beat ambient dari Space Gambus Experiment bagi sajak ini lebih 'loose' & 'hype'. Masih mengekalkan keheningan angkasa..yang tak kurang menyuntiknya dari track utama,-Ia juga sama HEBAT aura magiknya..similar dengan Track 10.52 minit tadi. MIND BLOWING! Itulah Yang terlintas tanpa henti, di otak Moloko,-Otak Aku!

Di Mana jika kalian ingin mendengar bunyian SAKTI ini?

'Collaboration' unik ini merupakan salah satu isi bagi Exhibition 'Kata Luhur' Oleh Dato' A Samad Said yang akan berlansung pada, 9 April 2010 ini, Di National Art Gallery, Kuala Lumpur.

Kepada yang baru mengenali Space Gambus Experiment..Aku kenalkan- Ini pemuzik unik, 'visionary', artist pemikir futuristik yang ada idea COOL. SGE ialah Kamal Sabran(Electro-Acoustic), seterusnya bersama Zulkifli Ramli(gambus@Oud), serta dibantu oleh rakan-rakan kreatif mereka yang lain. Sebelum aku tamatkan review ringkas ini..lagi sekali aku sudahi dengan rangkap bahasa yang di petik dari salah satu karya hebat terkini dari Dato' A Samad Said@Pak Samad...

Qalbu yang berbisik,
lidah yang berkata
hajat yang tercantik
luluh sufi tercinta

Lawati MOLOKO

Thursday, March 25, 2010

Space gambus Experiment in collaboration with Pak Samad





SGE was lucky enough to work with National Laureate poet, Datuk A. Samad Said. We create music based on his beautiful poetry entitled "Suara Dari Dinding Dewan". Here is some photo from recording session.

The music will be part of his latest solo exhibiton "Kata Luhur", 9 April 2010
National Art Gallery, Kuala Lumpur.

Photos by Jo Ghazali & Wak
video by Fadly Sabran
music performed by SGE
Producer: Nurhanim Khairuddin

Sunday, March 14, 2010

The Space Gambus Experiment is medicine for my musical soul - Zenmetalshirt


Roy aka Zenmetalshirt holding a copy of SGE cd

The Space Gambus Experiment is medicine for my musical soul being tortured by the commercial music most stations broadcast 24/7. It is a trip through an open space, populated by friendly peaceful beings, it's cool air breezing through my mind...it makes me feel a transcendental network bent around the globe. Acting as one of the knots in this intercontinental network starting in Asia - (interuniversal if you take account of the planetary soundwaves Kamal Sabran layered in between electroacoustic and natural instruments) - makes me feel free of any musical boundaries. It's an experience more universal and more multisensual than the usual collaborations via the electronic dataways.
Mohd Zulkifli Rahmli plays his Gambus precisely, powerfully and very vibrantly.
My mother listens to the Space Gambus Experiment while practising her yoga. I do whenever I want to open my mind. I'm glad the next collaboration with Kamal is already under progress.


Zenmetalshirt
(Switzerland) is one of Space Gambus Experiment fine collaborators.

Thursday, March 11, 2010

Space Gambus Experiment: Pelik dan unik tetapi tidak menyakitkan telinga - review by ANIF



Aku sepatutnya menulis ulasan ini bulan Januari yang lepas, iaitu sebaik sahaja Aku menerima kiriman CD daripada Encik Kamal Sabran. Tetapi apa boleh buat, ada komitmen lain yang perlu didahulukan.

Aku bukannya pengulas professional. Apa yang diulas hanya berdasarkan pengalaman yang amat cetek dan sebagai peminat muzik. Sebagai pendengar dan peminat muzik, kadang-kadang Aku tercari-cari karya yang berbeza daripada yang lain. Sebaik sahaja menerima Album Space Gambus Experiment, buat seketika Aku berjaya melupakan muzik aliran arus perdana.

Pemain CD yang telah berhabuk di atas rak dibersihkan semula. Maklumlah sudah lama tidak mendengar lagu-lagu menggunakkan CD. Muzik digital telah mematikan seni mendengar lagu! Pertama kali mendengar lagu-lagu dari Space Gambus Experiment memang mengujakan. Perasaan yang sama seperti pertama kalinya Aku mendengar Album Play Metallica By Four Cellos oleh Apocalyptica, 13 tahun yang lalu.

Muzik ini Aku kategorikan sebagai New Age, walaupun Aku sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya kategorinya! Walau apa pun, mendengar muzik ini membuatkan Aku seolah-olah berada diawang-awangan dan relaks. Bunyi-bunyian pelik dari kosmik dan gambus menjadikkan album ini unik. Pelik dan unik tetapi tidak menyakitkan telinga. Mantap!

Terdapat 10 buah lagu di dalam album ini. Antara lagu-lagu yang menarik perhatian ialah Pengembara Cahaya, Sonik Al Kosmik, Gerhana, Pulang Kakanda Bulan dan Dari Dalam Kalbu.

Album ini juga memperlihatkan susunan muzik yang bagus. Muzik di dalam album ini seolah-olah bersambung diantara satu dengan yang lain. Penghasilan album ini memang amat teliti. Dari segi susunan muzik, booklet serta kulit album! Tema "Retro" pada CD benar-benar mengembalikan nostalgia.

Album ini perlu dimiliki oleh semua. Lupakan sebentar muzik arus perdana. Hayati kehebatan album Space Gambus Experiment. Syabas diucapkan pada Encik Kamal Sabran dan rakan-rakan lain yang menjayakan album ini.

visit ANIF

Monday, March 08, 2010

SPACE GAMBUS EXPERIMENT, hasilan genius dari bumi Ipoh. - M YUSOF



Didalam industri musikal kita yang semakin dibelenggui irama-irama streotaip dan klise, serta persaingan irama-irama dari luar, perlu ada sesuatu atau seseorang yang hadir dengan idea-idea matang dan “lari dari kebiasaan” untuk mengisi sisi kosong industri musik kita.

Aku bukanlah pendengar dogmatik yang hanya mendengar satu aliran genre musik sahaja, sebaliknya aku memilih untuk mendengar apa sahaja yang lunak untuk diterima oleh telinga aku. Lunak disini bukan bermaksud irama streotaip melankolik mendayu-dayu lagu-lagu melayu(baca: lagu-lagu Slam, Scoin dan seangkatan dengannya), tetapi apa yang aku rasakan ianya sedap didengar walau apa jua genrenya(contohnya: metal, grind-core, sludge, nasyid etc etc).

Kamal Sabran bukanlah nama yang asing bagi aku. Beliau dikaca-mata aku adalah seorang genius berbakat yang lahir dari Ipoh, Perak. Setelah beliau memukaukan aku dengan karyanya Lumpur, beliau hadir lagi dengan buah tangan terbarunya iaitu Space Gambus Experiment(SGE), hasil kalaborasi Kamal bersama Zulkifli Ramli, pemain gambus Dewangga Sakti dan rakan-rakan luarnegara yang beliau kenali melalui internet.

Aku tak dapat nak memastikan dengan tepat, buah tangan Kamal Sabran kali ini dari genre yang mana, tetapi ianya mungkin lebih berunsurkan kepada new-age musik.

New-age musik ini adalah musik-musik yang mempunyai irama-irama yang didalamnya unsur-unsur ketenangan, inspirasi artistik dan mampu untuk memindahkan jiwa kita ke satu dimensi yang lain(baca:bagi yang tak tahu new-age ini macamane bunyinya, cuba dengar lagu Kitaro, kalau Kitaro pun tak tahu jugak, sila abaikan post ini)

SGE ini mengandungi sebanyak 10 track dan ianya mempunyai tajuk-tajuk simple tetapi mendalam nilaian ambiguitinya seperti Pengembara Cahaya, Lily Wave Mekanik, Sonik Al-Kosmik, Fizikali Real, Gerhana, Panglima 9, Dari Dalam Kalbu, Semesta Kuanta, 7 ruang Kosong dan Pulang Kekanda Bulan.

Apa yang menariknya untuk hasilan Kamal Sabran ini ialah idea Kamal untuk menggabung-jalinkan antara bunyian gelombang bunyi dari planet Musytari, petikan gambus/oud, electro acoustic dan lain-lain alatan untuk mewujudkan satu musik yang mampu untuk menenangkan, mencipta rasa, menyeramkan, membuat kita berfikir malahan bisa untuk membawa jiwa kita ke satu dimensi yang lain.

Idea ini walaupun kelihatan abnormal tapi sangat-sangat mengesankan jiwa. Sirius!

Ini salah satu sebab mengapa aku katakan Kamal sebagai seorang musician yang genius, iaitu kerana beliau dapat mengabung-jalinkan semua itu menjadi satu irama musik yang betul-betul mengasyikkan.

Aku nampak antara petikan gambus, bunyian angkasa lepas dan kesemua alatan musik yang digunakan betul-betul bersatu, diadun rapi, hingga menatijahkan track-track yang sangat-sangat halus dan menghasilkan halwa telinga yang "sedap" untuk dihadam oleh khalayak pendengarnya.

Idea untuk menggunakan gambus sebagai nadi kepada SGE ini juga adalah salah satu daya penarik disamping lari seketika dari klise dan streotaip musik kita yang acapkali diadun dengan bunyian gitar, keyboard dan seangkatan dengannya. Mungkin next projek, kalau boleh guna kompang memang betul-betul mengujakan!

Yang lebih membuatkan aku kagum kepada karya Kamal ini ialah keboleh-fikiran Kamal untuk menyusun track. Aku nampak peralihan antara track seolah-olah mempunyai keserasian, hingga nampak seolah-olah lagu track pertama adalah sekual kepada track kedua dan begitulah seterusnya.

Dan, aku nampak kebanyakkan lagu Kamal sangat-sangat sesuai sebagai musik latar kepada filem-filem atau drama-drama tempatan. Kepada pengarah-pengarah tempatan, jika kamu selalu menggunakan musikal Kitaro, apa kata kamu bertukar-arah kepada musik si genius ini.

Track yang menjadi senarai-main aku ialah Pulang Kekanda Bulan dan Pengembara Cahaya. Sirius 2 lagu ini memang betul-betul mengesankan.

Oh ye, SGE juga hadir dengan booklet yang “cool” dan susun-atur yang menarik, direka-cipta oleh Kamal Sabran sendiri.

Jadi jangan bertangguh, dapatkannya sekarang juga: kamalsabran@gmail.com

Lawati M Yusof Blog
Photo by Jo Ghazali

Monday, March 01, 2010

Space Gambus Experiment available in Auricular Record Compilation USA




Auricular Audio Magazine #15
is available now on CD and as digital download! A collection of 12 new experimental and soundart pieces from around the globe featuring Space Gambus Experiment, My Boyfriend the Pilot, Giligadi, (waning), Everything but the Gargoyle, Nosens, Kwisp, Rhedcerulean, Instagon, The Background Front, pixyblink, and Mr. Leary.

listen to the tracks
visit Auricular Records

About Auricular Records

Founded in 1989 by Alan Herrick and Jenny Liang, Auricular Records began as a humble little record retail store in the Lower Haight neighborhood of San Francisco. Originally Auricular Records donned the name Kaleidoscope Records, taken from the phrase Terminal Kaleidoscope (for you Legendary Pink Dots fans out there).

Auricular Records had started to slowly carve out a small niche for itself in San Francisco and was offering in-store performances on an almost weekly basis, exposing the neighbors to the likes of which they had never seen or heard. Auricular become San Francisco's place to visit and perform for many bands such as Schloss Tegal, Voice of Eye, Zoviet France, Belt, Big City Orchestre, Nux Vomica, Brook Hinton, the list goes on and on and on.

The Auricular Records website is a place where we hope you will come to download and listen to some of the music that helped shape the Bay Area experimental music community back in the late 80's and early 90's. As we come close to the 20 year mark, for some of these recordings we begin to enter the world of "classic" noise. Unfortunately , we will never have a commercially sustained "classic noise" radio station so we hope to fill the gap. Auricular will continue to preseve, remaster, and make available our back catalog of recordings, now in digital format, recordings of live performances from the past, present live and studio videos of events that occurred, and serve as an archive for what was. At the same time we hope to bring you new and exciting music and noise and present to you "what is" and "what will be" in the form of CD, CDr, DVD, MP3, streaming media etc etc etc. It is with your help and support that we can keep this all going.

Space Gambus Experiment: Made in Ipoh by YUSUF MARTIN


click for bigger picture

visit yusuf martin