
Dua orang sahabat, Zulkifli Ramli dan Kamal Sabran telah menerbitkan sebuah album sulung bertajuk "Space Gambus Experiment" bagi membantu seorang rakan mereka yang terlantar menderita kerana sakit barah mata.
Pelancaran album tersebut telah disempurnakan oleh pemilik galeri RA Fine Art Raja Ahmad Aminullah sempena pameran lukisan Seni Muda di Kuala Lumpur baru baru ini.
"Album ini telah kami siapkan untuk dijual kepada sesiapa sahaja yang bersimpati dengan penulis dari ipoh, Amirul Fakir yang masih dalam rawatan sakit barah mata",jelas Zulkifli sebelum memulakan persembahan kepada orang ramai yang hadir di pameran tersebut.
Sesiapa yang bersimpati dan mahu menderma boleh melayari emel kamalsabran@gmail.com atau talifon 013-2078407 atau kamal 016 5533391.
Sebanyak 10 buah lagu terdapat di dalam album yang berharga RM20 itu.
-UTUSAN MELAYU 4 Jan 2010, Isnin


3 comments:
a good effort..
but i don't liked utusan..
why hah?
http://urusansripadukabaginda.blogspot.com
utusan jawi is classic!
rare vintage too...
Post a Comment