Wednesday, May 27, 2009
NEW video release! "Pulang Kakanda Bulan" by Space Gambus Experiment LIVE
SPACE GAMBUS EXPERIMENT:
zulkifli ramli- gambus/oud
kamal sabran- electroacoustic
VIDEOGRAPHER
fadly sabran
wak safwan
azam aris
PHOTOGRAPHER
akmal sabran
DIRECTED,EDITED & PRODUCED by
kamal sabran
SHOT ON LOCATION IN HOMEGROWN SPACE KUALA LUMPUR
23 MAY 2009
you tube
ENJOY!
Tuesday, May 26, 2009
Space Gambus Experimen : Catatan Zulkifli Ramli

"Bulan lepas aku mengambil peluang hujung minggu untuk ke Ipoh. Selepas selesai hari pertama rakaman Dewangga Sakti, aku ke Ipoh pula di pagi Ahad 12 April jam 8:30 pagi untuk merakamkan sebuah projek bersama Kamal Sabran. Tiba di Ipoh dan disambut meriah oleh Kamal di stesen bas. Kali ini kami berkonspirasi untuk merakamkan satu projek yang akhirnya kami namakan Space Gambus Experiment(SGE).
Uniknya semua idea muzik dan projek ini kami dapat semasa kami sibuk berbual di laman facebook . Bayangkan setiap hari selama beberapa bulan kami berbual di facebook (biasanya semasa hari bekerja sebab aku tiada internet di rumah) dan akhirnya kami buat keputusan melanjutkan proses kreatif kami di studio.
Maka hari Isninnya aku mengambil cuti. Ada dua hari di sana . Inilah pertama kali kami bertemu setelah asyik berbual di internet sahaja.
Mungkin sebab ada 'chemistry' di antara kami, rakaman berjalan lancar di studio kecil milik Kamal di atas loteng rumahnya di Manjoi. Keadaan panas juga melancarkan kreativiti di atas sana.
Lagu pertama yang kami rakamkan adalah Pengembara Cahaya. Sebenarnya asas kepada lagu ini sudah ada, tugas aku memasukkan track gambus ke dalam lagu ini.Beberapa jam seterusnya,kami merakamkan pula video daripada pelbagai 'shot' untuk dibuat video clip yang boleh dilihat di widget sebelah kanan blog ini.
Setelah selesai kami ke kedai mamak untuk makan dan membuat perbincangan seterusnya. Sesi pertama kami ini juga dihadiri oleh saudara Padil yang memegang kamera video.
Setelah selesai solat maghrib hari pertama, kami ke bandaraya Ipoh (Eh Ipoh bandarayakah?) untuk menikmati suasana di Gerbang Malam . Mcm pasar malam. Hujan gerimis ketika itu.
Aku secara peribadi amat suka dengan Ipoh sebab banyak bangunan lama. Mereka kena kekalkan bangunan-bangunan ini, jangan sesuka hati musnahkan dan bina bangunan baru.
Kalau diikutkan inilah kali pertama aku ke Ipoh dan betul-betul berjalan. Kali pertama, aku tersadai di Ipoh pada tahun 2004 sebab tiada bas ke KL dari Pulau Pinang. Jadi, aku dan Raof ke Ipoh dan membeli tiket ke KL.
Malam itu tidur awal untuk sambung rakaman keesokannya.
Pagi esoknya dalam jam 11.30 pagi kami memulakan proses rakaman yang panas seperti semalam. Hari kedua ,kami berjaya menghabiskan enam lagi lagu dengan memasukkan track gambus. Daripada kesemua tujuh lagu ini,tiga lagu sudah aku dengar di rumah. Selebihnya pertama kali didengar di rumah Kamal. Ada yang aku rakam beberapa kali untuk mendapat bunyi dan permainan yang betul. Ada yang hanya satu 'take' sahaja dan kami biarkan begitu. Ini aku rasa ada dua lagu - Tujuh Ruang Kosong dan Dari Dalam Kalbu.
Kami mahu hasil yang 'raw' dan 'natural' ,tidak banyak 'effects' dan 'touch up'. Seperti Kamal tekankan, biar 'lo fi' dan kami biarkan begitu.
Aku rasa perlu juga projek ekspres seperti ini untuk memanjangkan kreativiti dan tidak terikat dengan kerja studio yang panjang dan menghilangkan momentum.
Tidak sampai seminggu ,kesemua tujuh lagu beserta sebuah video siap dikerjakan Kamal. (yeah!)
Lagu-lagu itu boleh didengar dan dimuat turun di link sebelah kanan blog ini. Kami juga telah mendapat persetujuan daripada sebuah penerbitan yang berhasrat untuk mengeluarkan lagu-lagu ini di dalam bentuk Cd nanti beserta empat rakaman baru."
- Zulkifli Ramli
baca lagi
Monday, May 25, 2009
Space Gambus Experiment LIVE



*This is Space Gambus Experiment's first public performance. Live at Homegrown Space,Kuala Lumpur. 23rd May 2009, 4PM.
Special Thanks to:
Uzair shawal & crew from Homegrown
Nurhanim Khairuddin for video camera
Crew
Wak safwan (band technician)
Fadly Sabran (videographer)
Azam Aris (Videographer)
Akmal Sabran (still photograph)
Kamal Ariffin (film director)
Dr Ismail Lasa (band research scientist)
Video footage will be out soon!
more photos
Tuesday, May 19, 2009
Space Gambus Experiment @ Homegrown Space

Space Gambus Experiment will be performing live at Homegrown Space this 23rd of May 2009, 3.30pm. FREE!
*The Homegrown Space is part of an on-going project to encourage undiscovered and budding talents to join the Homegrown movement to promote and grow the local art scene. It is a dedicated “space” for artists from all walks to nurture and showcase their art.
It is a way for the company, Homegrown, to give back to the community by providing a positive and conducive environment for performances and giving artists a platform to showcase what they can do and what they are about.
Subscribe to:
Posts (Atom)

