Friday, October 30, 2009

TAF: Tabung Amirul Fakir


Reka Bentuk Poster Oleh Meor Lantera Jiwa


Saudara dan saudari sekalian,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sebuah program seni akan dijalankan seperti berikut:

Program: TAF PROJECT
Tarikh: 14 November 2009 (Sabtu)
Masa: 3.00 petang – 10.30 malam
Tempat: Rumah YKP, Ipoh

Acara jualan produk seni, persembahan muzik, putaran filem pendek dan video seni serta bacaan puisi akan dijayakan oleh sekumpulan seniman yang prihatin akan nasib yang menimpa Amirul Fakir, penulis dan penyair yang sudah lebih setahun menderita sakit.

Antara pemuzik, pelukis dan penulis yang terlibat adalah Pyanhabib, Fathullah Luqman, S.M Zakir, Shamsuddin Othman, Jay Freelove, Lee Kwang Goh, Kamal Sabran dan Nur Hanim. Majlis pelancaran Tabung Amirul Fakir (TAF) akan disempurnakan saudara Meor Yusof Aziddin selaku pencetus idea pada awal tahun ini.

Kehadiran saudara/saudari ke acara ini adalah amat dialu-alukan. Untuk informasi terperinci, sila lihat kepilan poster.

Terima kasih.

Nur Hanim Khairuddin
Kamal Sabran

Koordinator TAF Project



*TAF merupakan inisiatif para seniman khususnya teman-teman kepada Amirul Fakir, seorang penyair/penulis tempatan yang sedang membina nama sejak tiga tahun kebelakangan ini. Setelah pelancaran antologi cerpen sulungnya yang bertajuk MEA CULPA pada April 2008, beliau ditimpa penyakit yang tidak dapat dikesan puncanya. Sudah lebih satu setengah tahun beliau tidak dapat bergiat dan mencari rezeki.

Justeru itu, sebagai sebuah komuniti seni yang prihatin, TAF ini dilancarkan untuk menghimpun wang bagi membantu mengurangkan beban kos perubatan dan sarahidup Amirul Fakir. Semoga usaha kita sedikit sebanyak turut memberi semangat kepada beliau untuk tidak terus menyerah kalah.

Saya memohon bantuan rakan-rakan untuk menjayakan acara ini seadanya. Bantuan dari segi kewangan, sumbangan persembahan, pinjaman PA system, projektor, kudapan, desain flyer dan promosi dan apa-apa yang difikirkan perlu amatlah dialu-alukan.
Semoga Tuhan memberkati. InsyaAllah.


Spread the word, make a donation, or volunteer.
join TAF on face book

10 comments:

Anonymous said...

inisiatif yang baik kamal, insyaALLAH jika tiada halangan sampai lah ke YKP

Mrs. Turner said...

rumah ykp dimana ya ?

binjidan said...

mrs tuner; jawapannya cari di wak google map negeri perak,

kita bertemu disana nanti :)

zafi said...

may everything goes well... i try to call you but nobody pick up the call bro!

kamalariffin said...

aku ada hal tapi klo hl aku habis awal aku singgah... kim salam kawan2

Anonymous said...

viagra cheap viagra rx viagra effects on women order viagra online viagra canada buy cheap viagra online uk buy viagra meds online viagra side affects buying viagra online viagra women viagra overnight viagra rrp australia viagra uterine thickness buying viagra online

Epah said...
This post has been removed by the author.
guru besar haneem kaydeen said...

orang anon tu nak bukak gerai kat TAF..ajak le join sekali hehe

magodelcaffe said...

very well!
TAF will be recorded?
hugs and regards from Italy

sinaganaga said...

http://sinaganaga.blogspot.com/2009/11/tabung-amirul-fakir.html