Space Gambus Experiment "B Sides"

Monday, July 27, 2009

UN-CUT09: Malaysian Arts Festival in Denmark




Amir Zainorin melalui kolektif JAMBATAN yang baru dibinanya dan Nurhanim Khairuddin sebagai kurator menjayakan sebuah Pameran diberi nama UN-CUT:Malaysian Paintings ini diadakan sempena Malaysian Arts Festival UN-CUT09, sebuah acara seni budaya yang dicetuskan Amir.

Selain pameran lukisan, putaran video seni koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (Kamal Sabran, Sharon Chin, Hayati Mokhtar, Vincent Leong, Masnoor Ramli, Wong Hoy Cheong dll) serta beberapa short-film (Kamal Ariffin, Fadly Sabran dll) akan dijalankan.

Kegiatan lain yang bakal diisi adalah persembahan wayang kulit oleh tok dalang Rahimidin Zahari, gerakteater fizikal Aida Redza, persembahan muzik Fathullah Luqman dan kegiatan bengkel seni. Tabik spring kepada Amir yang mempunyai semangat begitu tinggi walaupun dalam keadaan terbatas, demi untuk memperkenalkan seni dan budaya Malaysia ke Denmark! Harapan kami agar acara ini akan menjadi wahana yang menjambatani kedua negara.

Terimakasih juga kepada Balai Seni Lukis Negara yang menaja penerbangan tiga pelukis yang mengambil bahagian iaitu Fathullah(Nyala Art), Ruzekki Harris(Studio Sebijipadi) dan Zulkiflee (Dikalajingga). Harapan kami agar projek seni kontemporari yang dirancang lebih besar pada tahun hadapan akan dapat melibatkan lebih banyak pihak dan penaja.

Antara pelukis lain yang mengisi pameran UN-CUT: Malaysian Paintings adalah seperti Samsudin aka Buden, Suddin Lappo, A.Samad Said, Melissa Lin, Haslin Ismail, Nurazmal Yussof, Khairina Khairuddin, Rahmat Haron dan Abdullah Jones.

Acara perasmian di Galeri Shambala, Copenhagen akan disempurnakan pada 7 Ogos 2009 oleh Duta Malaysia ke Sweden, HE Dato' Kamarudin Mustafa.

About the organizer:
Uncut09 is organized by Malaysian visual artist Amir Zainorin and the free volunteers from the club Jambatan with cooperation with Malaysian artist and curator Nur Hanim Khairuddin, who is the editor for art magazine Sentap in Malaysia. The club works to built bridge between Danish and Asian artist. Uncut09 festival is arranged with support from among others the National Art Gallery Malaysia and Tourism Malaysia.

For futher information and press photograph please contact.
Amir Zainorin: amirzainorin@gmail.com
www.jambatan.blogspot.com

*The first Malaysian Arts festival in Denmark among other will be presenting a number of recognized artists from Malaysia who will be making live performances in the next 10 days to give the public in Copenhagen and Roskilde the possibility to expand knowledge of experience about Malaysian art and expression.

verdenskulturcentret
Museet for samtidskunst
Galleri shambala

Petikan text dari sendawa

7 comments:

kamalariffin said...

go malaysian

kamal sabran said...

go go gadget go!

Abang Ben said...

Ipoh mali tatak sombong!

Sori takde kena mengena...

Abang Ben said...

eh relevan... lu punya filem ada masuk la... tahniah!!!

kamal sabran said...

ben: lu memang metal ganaz tak hinggat yo!

Pyanhabib said...

dalam hati: malas komen ini blog

kamal sabran said...

abg pyan: lu lagi ganaz bro :)